Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) UPM

credit

Baca tajuk course tu pun dah panjang kan.. jadi apa sebenarnya course ni?

Baikla, tujuan utama post ni di publish adalah sebagai bahan rujukan anda, yang mungkin sedang berkira-kira merancang masa depan, nak pilih course apa di universiti setelah berhempas pulas menjaga prestasi akademik sama ada di peringkat asasi atau matrikulasi.

Kalau korang nak tahu, course ni ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Bagi mereka yang minat dengan bidang kesihatan, tapi tak nak jadi seorang pegawai perubatan ataupun doktor, boleh la memilih course ini. Course ni sebenarnya adalah cabang kepada bidang Kesihatan Awam, ataupun Public Health. Kalau pegawai perubatan tugasannya adalah untuk merawat pesakit, kami pula sebagai pengamal kesihatan awam, memainkan peranan yang sama penting iaitu untuk mencegah penyakit dalam kalangan masyarakat.

Bidang ni teramatlah luas ya. Graduan daripada course ini berpeluang untuk menyambung kerjaya mereka, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kenapa pulak? Ini kerana, subjek-subjek yang ditawarkan dalam tempoh 4 tahun tu, mempersiapkan graduan peluang untuk memilih bidang kepakaran apa yang mereka minati. Sebagai contoh, graduan boleh memilih untuk bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri, atau Pejabat Kesihatan Daerah sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U41). Sekiranya peluang untuk anda memasuki sektor kerajaan adalah terhad, anda juga berpeluang untuk menceburi sektor swasta, bekerja sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety Officer), konsultan alam sekitar, Industrial Hygienist dan lain-lain lagi.

Pejam celik, hampir tiga tahun aku bergraduat dalam bidang ini. Dan sekarang alhamdulillah, bekerjaya sebagai pengamal safety di industri penerbangan. Sebagai alumni, kami sangat mengalukan adik-adik junior untuk mengambil bidang ini. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, jangan segan silu,untuk bertanya di ruangan komen di bawah ya.

Sampai jumpa lagi di lain posting inshaAllah.



Comments