The Unsung Heroes!
Perjalanan dari Kerteh ke Johor alhamdulillah smooth berkat doa keluarga dan sahabat-sahabat. Ada beberapa roadblocks oleh polis dan askar. Aku puji sikap frontliners kita. Bawah terik matahari, berpanas berpeluh dengan baju tebal dan memakai mask, sungguhlah keadaan yang menguji emosi dan tentu sekali rimas, tapi mereka tetap berbahasa dan tenang bila bersoal jawab. Menunjukkan yang mereka ini terlatih benar dalam aspek fizikal dan kawalan emosi.
Dialog yang lebih kurang sama setiap checkpoints,
serah surat majikan dan mereka meneliti dengan cermat: (aku tetap senyum di sebalik mask, tapi cemas. kalau kene patah balik ni, habeslah)
"Dari Terengganu? Petugas airport ya? Jauh perjalanan Encik. Hati-hati ya."
Balas dengan terima kasih dan angguk. Rasa nak nangis, nah lega! Sambung perjalanan sambil pasang lagu raya. Terfikir juga, mesti diorang pun terdetik bestnya kalau dapat stay bersama keluarga dan anak-anak di waktu genting begini.
Bekerja memerlukan team work. Sama dengan pencegahan wabak COVID-19 sama ada di peringkat organisasi hatta negara sekalipun. Kalau bekerja hanya seorang efficient nya hampir tiada, tapi kalau semua orang ada kesedaran yang sama, aturannya akan lebih lancar, merebaknya terkawal dan semua orang boleh kekal sihat, kerja setiap antara kita pun akan jadi mudah. Bekerja sama dan berhenti menuding jari kerana masing-masing ada peranan penting dalam satu pasukan. Banyak bertelagah hanya akan melengahkan tindakan. Impaknya, semua pun akan terpalit sama.
Jangan marah marah abang kakak frontliners kita yang sedang bertugas. Kita tempuh jem sekejap saja nak dibandingkan dengan mereka yang berbelas jam bergilir berdiri di atas jalan raya, berkawal demi memastikan keselamatan kita semua.
Hats off to all frontliners, the unsung heroes. #KitaJagaKita #PerkhidmatanKritikal
Comments
Post a Comment